Tuesday, November 27, 2012

Apa itu kamera DSLR?

DSLR
DSLR

adalah akronim kepada "Digital Single-Lens Reflex".

Kamera DSLR atau kamera SLR ialah sejenis kemera yang menggunakan satu lensa ("Single-lens") sahaja untuk kegunaan pemidang tilik ("viewfinder") dan merakam gambar.

TLR
Sebelum daripada pembangunan kamera SLR, semua kamera yang mempunyai pemidang tilik memiliki dua lensa: satu untuk pemidang tilik yang diletak di kedudukan atas (TLR atau "Twin-lens Reflex") atau di kedudukan bersebelahan ("Rangefinder"); manakala satu lagi lensa untuk merakam gambar.


Rangefinder
Penggunaan dua lensa pada kamera tidak menjadi masalah untuk mengambil gambar pada jarak jauh dan jarak pertengahan, tetapi akan menghadapi masalah untuk mengambil gambar pada jarak dekat kerana paralaks menyebabkan ralat apabila membingkaikan ("framing") gambar.

Kamera jenis ini kebiasaanya menggunakan cermin dan sistem pentaprisma ("reflex" dari perkataan "reflection" ia itu pantulan dari cermin) yang membolehkan jurufoto memandang melalui lensa ("Through The lens or TTL") dan melihat sendiri apa yang akan dirakam oleh kamera. Dengan melihat sendiri melalui satu lensa yang sama prosess memfokus imej dapat dilakukan dengan mudah dan tepat dan dapat di rakam oleh kamera seperti mana yang dilihat oleh jurufoto.

Perbezaan diantara kamera DSLR dengan kamera SLR ialah pada cara gambar dirakam. Sebelum pembangunan kamera DSLR, kamera SLR menggunakan filem untuk merakam gambar. Manakala kamera DSLR menggunakan penderia ("sensor") digital untuk merakam gambar sebagai ganti kepada filem.

No comments:

Post a Comment