Thursday, December 13, 2012

Apa itu Bokeh?

Bokeh terbentuk dari cahaya-cahaya lampu di waktu malam

Perkataan bokeh berasal dari perkataan jepun "Boke" yang bermaksud kabur. Bokeh didefinasikan sebagai cara lensa membentuk titik cahaya di luar fokus pada gambar.

Bokeh pada gambar di luar fokus
Bokeh pada cahaya di celah daun-daun
Didalam fotografi, bokeh bermaksud bahagian kabur gambar di luar fokus atau kualiti estetik bahagian kabur tersebut. Pembentukan bokeh bergantung pada lensa yang digunakan. Bilangan bilah diaphragma apertur pula memainkan peranan dalam pembentukan geometri pada bokeh.