Thursday, December 13, 2012

Apa itu Bokeh?

Bokeh terbentuk dari cahaya-cahaya lampu di waktu malam

Perkataan bokeh berasal dari perkataan jepun "Boke" yang bermaksud kabur. Bokeh didefinasikan sebagai cara lensa membentuk titik cahaya di luar fokus pada gambar.

Bokeh pada gambar di luar fokus
Bokeh pada cahaya di celah daun-daun
Didalam fotografi, bokeh bermaksud bahagian kabur gambar di luar fokus atau kualiti estetik bahagian kabur tersebut. Pembentukan bokeh bergantung pada lensa yang digunakan. Bilangan bilah diaphragma apertur pula memainkan peranan dalam pembentukan geometri pada bokeh.

Tuesday, November 27, 2012

Apa itu kamera DSLR?

DSLR
DSLR

adalah akronim kepada "Digital Single-Lens Reflex".

Kamera DSLR atau kamera SLR ialah sejenis kemera yang menggunakan satu lensa ("Single-lens") sahaja untuk kegunaan pemidang tilik ("viewfinder") dan merakam gambar.

TLR
Sebelum daripada pembangunan kamera SLR, semua kamera yang mempunyai pemidang tilik memiliki dua lensa: satu untuk pemidang tilik yang diletak di kedudukan atas (TLR atau "Twin-lens Reflex") atau di kedudukan bersebelahan ("Rangefinder"); manakala satu lagi lensa untuk merakam gambar.

Friday, November 23, 2012

Jarak Jelas dan F-Stop


Hubung kait Jarak Jelas atau Depth Of Field (DOF) dengan nilai F-stop ataupun saiz aperture..


gambar ini di ambil menggunakan canon EOS300D + lens 50mm f1.8 II didalam
aperture priority mode (Av) pada F-stop yang berbeza-beza.. fokus pada huruf "1A"